Skip to main content

SMK SERTING HILIR KOMPLEKS

Selamat datang ke Portal Digital SMKSHK – Sekolah Berwawasan Abad ke-21.

Kami membawakan kepada anda satu platform dalam talian yang komprehensif, moden dan responsif bagi menyokong keperluan komunikasi serta pengurusan sekolah secara digital. Melalui portal ini, anda boleh mengakses pelbagai aplikasi sekolah, semakan maklumat pelajar, pengumuman penting, dan pelaporan aktiviti dengan lebih cepat dan mudah.
Komitmen kami adalah untuk mendepani perubahan era digital dalam bidang pendidikan dan menyediakan persekitaran yang kondusif, cekap dan inklusif untuk semua pihak berkepentingan.

 

SPM 2025

166

Days

01

Hours

57

Minutes

37

Seconds


PENGETUA

 

TINTA PENGETUA


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,


Perancangan yang rapi dan terarah merupakan tunjang utama dalam pengurusan sesebuah organisasi yang berkesan. Dalam konteks pendidikan, perancangan yang bersistematik dan strategik bukan sahaja memacu kecemerlangan akademik, malah menyeluruh dalam semua aspek pembangunan insan. Sehubungan itu, SMK Felda Serting Hilir Kompleks mengambil inisiatif membangunkan Portal Sekolah sebagai medium rasmi penyampaian maklumat dan perkhidmatan digital kepada seluruh warga sekolah dan komuniti setempat.

  Portal ini menyediakan paparan maklumat yang menyeluruh, meliputi pelbagai aspek pengurusan dan pentadbiran sekolah. Ia dirangka untuk menjadi sumber rujukan utama kepada para guru, kakitangan, pelajar serta masyarakat umum dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab seharian dengan lebih efisien dan terancang.

  Antara kandungan yang dimuatkan dalam portal ini termasuklah maklumat umum sekolah, pengenalan organisasi, agihan tugas, pengurusan panitia mata pelajaran, pembelajaran dan pengajaran, peperiksaan dan penilaian, pengurusan sumber, Hal Ehwal Murid (HEM), kokurikulum, kebersihan dan keceriaan sekolah, serta kajian tindakan.
  Fokus utama perancangan sekolah kekal kepada aspek kurikulum, namun dalam masa yang sama, tidak mengabaikan elemen-elemen sokongan lain selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Portal ini diharapkan dapat menjadi platform digital yang dinamik dan berinformasi untuk membantu meningkatkan kecekapan pengurusan serta menyokong matlamat pembangunan sekolah secara menyeluruh. Ia turut mencerminkan aspirasi kami dalam merealisasikan moto sekolah, "Bersama Menjana Kecemerlangan."

  Akhir kata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Unit ICT sekolah atas komitmen, dedikasi dan usaha gigih dalam merealisasikan pembangunan portal ini. Semoga segala usaha ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan SMK Felda Serting Hilir Kompleks.


Sekian, terima kasih.

Pengetua
Pn. Faizah Binti Muhammad


" BARISAN KEPIMPINAN SEKOLAH "

PAPARAN MAKLUMAT BERIKUT ADALAH TELAH DIKEMASKINI PADA TAHUN 2025

PENGETUA

FAIZAH BINTI MUHAMMAD

PK PENTADBIRAN

HAMDAN BIN HUSIN

PK HEM

SA'ADIAH BINTI DURALIM

PK KOKO

SULAIMAN BIN MALIK


STATISTIK SEKOLAH

501

BILANGAN MURID

49

BILANGAN GURU

10

BILANGAN AKP

79

CALON  SPM TAHUN INI


Sejarah Penubuhan

SMK Felda Serting Hilir Kompleks telah ditubuhkan pada 3 Disember 1995 sebagai salah satu usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memperluaskan akses pendidikan menengah kepada masyarakat luar bandar, khususnya penduduk Felda di kawasan Serting Hilir, Jempol, Negeri Sembilan. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini beroperasi secara sementara di Sekolah Kebangsaan Serting Hilir Kompleks pada sesi petang dengan jumlah awal seramai 165 orang pelajar, 16 orang guru dan 3 orang staf sokongan. Selepas satu tahun lima bulan beroperasi, pada 6 Jun 1997, sekolah ini berpindah ke bangunan sendiri dengan pertambahan jumlah pelajar kepada 326 orang serta bilangan guru dan staf yang turut meningkat.

Pada tahun 1998, pelajar tingkatan tiga mula menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) buat kali pertama, manakala kumpulan pertama pelajar SPM mengambil peperiksaan mereka pada tahun 2000. Sejak itu, sekolah ini terus berkembang pesat dari segi enrolmen dan infrastruktur. Sehingga kini, SMK Felda Serting Hilir Kompleks mempunyai beberapa blok bangunan tiga dan dua tingkat yang dilengkapi dengan kemudahan moden seperti makmal sains dan komputer, bengkel kemahiran hidup, galeri kemanusiaan, bilik kaunseling, dewan, surau, padang serta bilik gerak minda.

Pada tahun 2016, sekolah ini terpilih menyertai Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 2 di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), menandakan komitmen berterusan dalam memperkasa sistem pendidikan yang berimpak tinggi. Dengan sokongan warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat, SMK Felda Serting Hilir Kompleks terus unggul sebagai institusi pendidikan yang progresif, selaras dengan motto "Bersama Menjana Kecemerlangan."



Sejarah Pentadbir
  1. Pn. Hjh Zaidah binti Mohamad (1997 – 2000)
  2. Pn. Hjh Naemah binti Md. Shahib (2000 – 2002)
  3. Pn. Hjh Siti Eiasah binti Abdul Rashid (2002 – 2003)
  4. Pn. Hjh Noorizan binti Abd Latif (2003 – 2006)
  5. Pn. Hjh Maimon binti Abdullah (April 2007 – April 2007)
  6. Pn. Hjh Maimon binti Talib (Mei 2007 – Julai 2008)
  7. Pn. Norhayati binti Mat Nor (Julai 2008 – Mac 2011)
  8. Tn. Ahmad bin Yahya (Mac 2011 – 2014)
  9. Pn. Sarinah binti Hashim (2014 – 2015)
  10. Tn. Alias bin Abdul Samad (2015 – 2017)
  11. Pn. Zainab binti Samsuddin (Oktober 2017 – Jun 2019)
  12. Tn. Fadil bin Abdul Azis (2020)
  13. Pn. Zaedah binti Yunos (2020 – Januari 2022)
  14. Tn. Muhazir bin Haji Mispami (April 2022 – 2024)
  15. Pn Faizah Binti Muhammad (2024 - Sekarang)
  1. Menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif, selamat dan mesra kepada semua pelajar, guru dan warga sekolah.
  2. Memberikan perkhidmatan pendidikan yang berkualiti tinggi, seimbang dari aspek akademik, sahsiah dan kemahiran insaniah.
  3. Mengamalkan pentadbiran yang cekap, berintegriti, adil dan telus dalam semua urusan.
  4. Menyampaikan maklumat dengan tepat dan cepat berkaitan pengurusan, kurikulum, aktiviti dan perkhidmatan sekolah.
  5. Menerima dan memberi maklum balas terhadap aduan, cadangan atau pertanyaan pelanggan dalam tempoh tidak melebihi 10 hari bekerja.
  6. Menjalin hubungan komunikasi yang efektif dengan ibu bapa, komuniti dan pihak berkepentingan melalui pelbagai saluran rasmi.
  7. Menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang sesuai serta selamat untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran.
  8.  Menyediakan khidmat bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang memerlukan sokongan emosi, akademik dan disiplin.
  9. Melaksanakan pemantauan dan penambahbaikan berterusan terhadap sistem dan perkhidmatan sekolah demi menjamin kecemerlangan.
  10. Mengemas kini piagam ini secara berkala agar sentiasa relevan dan selaras dengan kehendak semasa pendidikan negara.

SMK Serting Hilir Kompleks


Tersergam indah, penuh berjasa,

Membimbing, mendidik kami semua.

Mencipta nama di masa hadapan,

Berilmu berwawasan, moto perjuangan.


Pendidikan agama jadi amalan,

Rukun Negara seiring jalan.

Bahagia hidup dunia akhirat,

Kami pelajar yang berbudi.


Didikan guru kami hargai,

Harum namamu seluruh negara,

Sekolah kami tersemat di jiwa

SUAPAN MEDIA SOSIAL